Rabu, 8 Mei 2024

BISKUT COKLAT CIPS

Assalam buat semua..
Biskut ini adalah 'A keeper recipe for me'
Senang nak buat dan cepat siap,rangup dan tidak manis sangat
Tiap-tiap tahun wajib buat sebab anak-anak suka makan
Lepas raya masing-masing bawa balik ke tempat tinggal.
Let'try baking

BISKUT COKLAT CIPS

Bahan
250gm mentega
130gm gula kastor
1 biji kuning telur
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh emplex
1 sudu teh esen vanila
25gm tepung jagung
50gm nestum
100gm Coklat Cips

Cara membuatnya
1.Ayak tepung gandum,tepung jagung,emplex,baking powder bersama.Ketepikan.
2.Kacau sebati mentega,gula kastor,kuning telur dan esen vanila
3. Masukkan nestum,Coklat Cips dan gaul rata
4.Akhir sekali masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul rata
5.Letak diatas baking tray dan bakar dengan suhu 150'c sehingga masak.
6.Sejukkan sebentar sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Sabtu, 4 Mei 2024

KENTANG PUTAR DAN BEBOLA DAGING

Assalam buat semua..
Saya sudah tidak bertugas ditempat lama
Sekarang ni masa untuk memasak hanya hujung minggu sahaja itupun kalau tidak pergi ke mana-mana
Ahad hingga Khamis saya berada dihospital sehingga jam 5 petang.
Pagi tadi jumpa kentang dan Bebola daging dalam peti ais
Sebelum kentang rosak baik kita buat sesuatu
Let's try masak.

KENTANG PUTAR DAN BEBOLA DAGING

Bahan
Bebola daging secukupnya
-goreng dengan sedikit mentega-ketepikan

Bahan kentang putar
5 biji kentang Russet
2 sudu besar mentega
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu tepung
Serbuk Lada hitam
Serbuk Lada sulah
Sedikit garam

-Buang kulit kentang,potong dan rebus hingga lembut.Toskan
-semasa masih panas,lecek kentang dengan semua bahan-bahan di atas
-sesuaikan rasanya
-ratakan didalam bekas pilihan

Sos Lada hitam
1/2 labu bawang besar-potong kiub
1/2 biji tomato-potong kiub
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Kiub pati ayam
Garam jika perlu
gula perang
Air secukupnya

-cairkan mentega,masukkan bawang dan tomato,tumis sampai layu
-masukkan tepung gandum dan goreng sebentar
-masukkan air,kiub ayam,semua sos,kicap
-masak sampai pekat
-angkat dan curah di atas kentang putar tadi
-letak bebola daging
Hidangkan.

Rabu, 1 Mei 2024

BISKUT DAHLIA

Assalam buat semua,

Biskut Dahlia yang Saya buat untuk Raya lepas
Tiap-tiap tahun mesti buat walaupun tidak standing dengan biskut raya zaman sekarang
Hari ini cuti Hari Pekerja,Jadi dapat jenguk dapur maya ini sekejap
Let's try buat

BISKUT DAHLIA

Bahan
250gm mentega/marjerin
1 cawan susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan susu tepung
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum-boleh tambah ikut keperluan

Cara membuatnya
1.Satukan mentega/marjerin bersama susu pekat manis dan kuning telur 
2.Kacau rata guna senduk
3.Tambah tepung jagung,susu tepung dan tepung kastard dan adun rata.
4.Uli pakai tangan dan tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga dapat doh yang sesuatu untuk terap.
5.Guna acuan semperit dan terap hingga habis.
6.Letak hiasan dan bakar dalam oven dengan suhu 150'c sehingga masak.
7.Sejukkan sebentar sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Isnin, 29 April 2024

PUDING MARBLE ROTI


 Assalam buat semua..
Ramadan sudah berlalu pergi..
walaupun sedikit penat kerana tidak cukup rehat tapi kemanisan dan keindahan bulan Ramadan amat bermakna.
Saya buat puding ini untuk juadah berbuka puasa yang lepas
Saya kurangkan sedikit sukatan manisnya mengikut selera sendiri
Baru ada sedikit masa untuk menulis  disini.
Let's try buat

PUDING MARBLE ROTI

Bahan2
10 gm. agar-agar tali
3 cawan air

Bahan2 kisar
4 keping roti-dicarik
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
2 sudu makan marjerin

Cara membuatnya
1.Masak agar-agar hingga larut.
2.Tuang bahan kisar ke dalam adunan agar-agar dan masak hingga pekat
3.Bahagikan adunan mengikut warna pilihan
4.Tuang adunan perlahan-lahan ke dalam bekas bersesuaian berselang-seli hingga habis 
5.Sejukkan didalam peti sejuk.

Jumaat, 16 Februari 2024

CLASSIC MARBLE CAKE


Assalam buat semua..
Saya sangat suka buat kek seperti ini.
Kek biasa-biasa sahaja tapi rasanya sedap dan tidak muak.
Terpulang pada citarasa masing-masing nak buat beberapa warna atau cuma dua warna sahaja.
Let's try baking

CLASSIC MARBLE CAKE

Bahan A
5 biji telur gred A
150 gm.gula kastor
1 sudu besar ovalette
2 sudu teh esen vanila

Bahan B
225gm.tepung naik sendiri
1/4 sudu teh garam

Bahan C
200gm.mentega 
2 sudu besar susu pekat manis
*Cairkan kedua bahan ini

Cara membuatnya
1.Putar kesemua bahan A dan bahan B dengan high speed selama 5 minit atau sehingga kembang.
2.Masukkan mentega cair dan kaup-balik sahaja.
3. Alas loyang 8 inci dengan baking paper
4.Ambil sedikit adunan dan letak pewarna pilihan
5.Tuang adunan selebihnya kedalam loyang dan ratakan.
6.Letak adunan berwarna dan lorek ikut kreativiti sendiri atau dilapis-lapis
6.Bakar dalam suhu 150'c sehingga masak mengikut jenis oven masing-masing.


Selasa, 13 Februari 2024

UBI KAYU KUKUS


Assalam buat semua..
Kuih tempatan dari ubi kayu
Ketika Saya masih muda hingga menginjak ke usia sekarang,
masih lagi suka makan kuih ini.
Versi yang saya olah tidak manih letting kata ore KlatešŸ¤­
Kuih-kuih dulu secukup rasa,tiada sukatan khusus
Dalam resepi ini,saya guna ubi kayu kuning
Let's try buat

UBI KAYU KUKUS

Bahan
Ubi kayu secukupnya-di parut
Gula perang
Garam
Kelapa parut
Daun pandan

Cara membuatnya
1.Sediakan pengukus.
2.Gaul ubi kayu parut dengan sedikit garam dan gula perang
3.Potong kecil daun pandan kemudian gaul bersama ubi kayu tadi
4.Kukus sehingga masak.
5.Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama gula dan sedikit garam
*Kemanisan ikut citarasa sendiri

Selasa, 6 Februari 2024

KEK KAROT WALNUT


 Assalam buat semua

Saya yang suka makan Kek Karot tapi di rumah ini tiada peminatnya

Walaupun begitu .
Saya belajar buat kek karot sendiri dan cuba resepi mana yang sedap
Dulu-dulu,masa bertugas di wad
Jika ada makan- makan kat tempat kerja,saya akan bawa Kek karot 
Let'try baking

KEK KAROT WALNUT

Bahan
3 biji telur
1 cawan gula perang/gula kastor
1 cawan minyak masak/minyak jagung/mentega cair
1 cawan karot parut
1 cawan walnut-sangai dan cincang kecil
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit garam

Bahan di ayak
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil serbuk kayu manis-jika suka

Cara membuatnya
1.Telur,gula perang,esen vanila kacau rata dengan whisk 
2.Masukkan minyak dan garam dan kacau rata
3.Masukksn karot parut kemudian walnut cincang.
4.Akhir sekali kaup-balik tepung kedalam adunan
5.Alas loyang dengan baking paper dan bakar dengan suhu 150'c selama 40-45  mengikut jenis oven masing-masing.
6.Bila masak,sejukkan dahulu

Topping
250gm.Cream cheese
3 sudu besar gula halus
1/4 cawan mentega
Sedikit jus lemon

Putar kesemua bahan hingga sebati
Sapu diatas kek mengikut kreativiti
Lagi sedap jika disejukkan semalaman dalam peti ais sebelum dimakan.

Jumaat, 2 Februari 2024

PIZZA SATE


 Assalam buat semua

Catatan pertama tahun ini
Dah berakhir Januari,semoga Februari dan seterusnya,Allah rezekikan yang baik-baik saja.
Jarang menasak sekarang,tidak seperti semasa anak anak saya masih bersekolah
Sekarang ini masuk dapur hujung minggu sahaja
Sekali sekala cuba resepi baru

Saya jumpa resepi ini di IG
Mudah dan ringkas sahaja
Bahan - bahan pun sudah ada
Let's try buat

PIZZA ROTI
Bahan
4 keping Roti sandwich
4 batang sosej
Sos pasta/sos tomato
Mozzarella cheese
Serbuk Lada hitam
Lada sulah
Dried thyme
Butter

Cara membuatnya
1.Panaskan sedikit butter,goreng sosej dan letak sedikit serbuk Lada hitam dan Lada sulah.
2.Roti potong 4 dan sapu Sos pasta
3.Sosej potong 2 dan kemudian belah dua
4.Letak di tengah-tengah roti dan tabur cheese.
5.Tabur dried thyme
6.Bakar hingga cheese cair.

Khamis, 9 November 2023

KEK PUDING KARAMEL COKLAT

Assalam buat semua..
Kek Puding Karamel ada dua jenis-Kek Puding Karamel Pelangi dan Kek Puding Karamel Coklat.
Dua-dua pun saya suka tapi anak-anak lebih suka yang coklat
Hari ini saya buat yang coklat untuk anak-anak
Let's try baking

KEK PUDING KARAMEL COKLAT

Lapisan Karamel
3-4 sudu besar gula pasir

Lapisan Karamel
1 tin sudu cair
3 biji telur
1/3 cawan gula pasir
3 sudu besar Susu pekat manis
2 keping roti-buang tepinya
1 sudu kecil Esen vanila
Sediki garam

Lapisan Kek Coklat kukus
1 cawan gula
3 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1/2 cawan Susu pekat manis
Sedikit garam

Cara membuatnya
Lapisan karamel
1.Panaskan gula dalam kuali hingga jadi gula hangus/karamel
2.Tuangkan kedalam loyang kek dan ratakan.Ketepikan.

Lapisan puding
3.Panaskan pengukus hingga air mendidih.
4.Masukkan kesemua bahan lapisan puding ke dalam blender dan kisar kesemuanya hingga sebati.
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi lapisan karamel.
6.Tutup loyang dengan plastik/aluminium foil untuk elak air menitis diatas adunan semasa mengukus
7.Kukus sehingga masak

Lapisan Kek Coklat
8.Ayak tepung,serbuk koko dan soda bikarbonat 
9.Putar telur dan gula hingga gebu,masukkan Susu pekat manis,minyak,esen vanila,garam dan putar lagi
10.Guna low speed,masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit.
11.Akhir sekali tambahkan air panas ke dalam adunan dan gaul rata dengan spatula sahaja
12.Tuang adunan Coklat perlahan-lahan ke atas lapisan puding
13.Tutup loyang dan kukus semula hingga masak.
14.Bila sudah masak,sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari loyang.

Rabu, 4 Oktober 2023

ROTI BABY HORN CARBONARA

Assalam buat semua,
Kali ini ada lagi roti yang tidak di makan-makanšŸ˜…
Lebih baik dibuat sesuatu supaya  cepat habis
Dah siap buat,memang betul lah cepat habis,sampai tak cukup pula
Intinya terpulang lah pada citarasa sendiri
Contohnya tuna,sardin,sosej,ayam ataupun salad buah.
Let's try buat

ROTI BABYHORN CARBONARA

Bahan
Roti sandwich
telur
breadcrumb
*dalam foto saya tidak guna breadcrumb

Daun salad untuk hiasan

Cara membuatnya
1.Gelek roti dengan kayu penggelek.
2.Buat bentuk kun dan lekatkan tepinya(guna tepung gandum bancuh dengan air)
3.Buat sampai habis
4.Celup dalam telur,salut breadcrumb kemudian goreng api kecil
5.Ketepikan.

Cara buat intinya
1 tin Sos Carbonara ayam cendawan
1/4 batang karot-di parut
1 labu bawang holland
2 ulas bawang putih

1.Cincang bawang dan tumis sampai naik bau.
2.Masukkan karot dan sos carbonara
3.Kacau rata dan buat sedikit kering.Tidak tambah perasa sebab sos carbonara suah dikira sesuai rasanya.
5.Letak daun salad dan sudukan inti ke dalam kun. Buat sampai habis
6.Paipkan sos cheese jika suka
7.Sedia untuk di hidangkan